UTUSAN GURU BESAR

Assalamualaikum w.b.t

Syukur Alhamdulillah dengan wujudnya laman maya sekolah ini semoga dapat  memberi info terkini , bukan sahaja untuk warga sekolah bahkan untuk tatapan pengunjung
Sekalung penghargaan kepada warga guru di atas sumbangan dan bakti anda bagi menjadikan Sekolah Agama Serom 4, bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malah juga cemerlang dari segi akhlak dan sahsiah mereka. 
Sebagai sekolah menumpang , maka ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Sekolah Keb. Serom 4, yang memberikan tempat dan kerjasama bagi kami menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor. 
Akhirnya, harapan saya sebagai peneraju sekolah adalah ingin melihat kerja secara berpasukan yang telah diamalkan dapat diteruskan bagi merelisasikan impian kita untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat .
Jazakallah huhairan kathira.....